aku kebosanan. kesana kemari mencari ketenangan. twitter facebook instagram keek sangat membosankan bagi aku. diamana perlu kuluahkan? semua darah daging sibuk mencari rezeki meninggalkan aku keseorangan.
hari ini, saat ini hatiku terdetik untuk menulis. menulis dibuku? memang tidaklah. aku berfikir sejenak, dan akhirnya kata putus telah kuambil. aku ingin menulis dilaman blog ini. diamana aku boleh luahkan segala rasa duka mahupun gembira.
hari ini, semalam, bulan lepas, tahun lepas, kulihat ramai blogger telah mewarnai arena blog. dunia dimana hanya jari kita berbicara. mulut hanya diam terkunci. otak memainkan peranan untuk berfikir. aku mahu jadi salah seorang daripada mereka.
aku hanya insan biasa. yang tidak punya apa. ada harta juga milik ibu dan bapa. semoga kau dan aku boleh bersahabat.
di dunia maya mahupun relaliti.
salam perkenalan.
